Tempat : Mandarin Court Hotel
Masa : 1-4 PM
Tema : Biru , Hijau , Gold

adoyy!!diriku telah kelewatan 15 minit.Janji dengan Hana mahu meet jam 12 tapi saat itu dirku baru mengenakan selendang di kepala.Uish!kesusahan pulak membentuknya.Lebih 3 kali barulah menjadi.main lilit jew asalkan lekat kat kepala ini.Semua ini gara2 make-up terlalu lama sentuhan oleh shafatin.kata jew kejap.ambik kau dekat setengah jam dia wat.apa2 pun thanx ok ;) .
Sampai2 je kat bus stop depan.Pergh!jem gler hari ni?Ramai sangat ker yang nak keluar hari sabtu.Yelah,awal bulan gaji masyuukk.hmm,rupa2nya bukan itu tapi ada rusuhan akan berlaku di Dataran Merdeka.Bahaya kot.Ok2 kita close pasal rusuhan itu ok.Kembali balik ke cerita asal.heeee.
Pergi dihantar oleh PakCik Wan Hussin iaitu bapa kepada Wan Hana.heee.sampai2 jew dekat hotel telah kelihatan junior di pintu masuk.Mereka jadi penyambut tetamu sebentar.Akibat kemalasan naik ke tingkat 6 lepak sebentar di lobi sementara menunggu ketibaan pengawas tingkatan 5 yang lain.Setelah semua telah sampai kita orang di sambut dengan bangra.Wow ! terasa macam VVIP sebentar ;p.
Macam biasa sebelum majlis berlangsung dimulakan dengan ucapan daripada Yoges,Pn Salinah dan Pn Asiah . Selepas itu apa lagi time untuk makan jelah.Hmm,banyak betulmenu yang dihidangkan.Ada nasi goreng cina,laksa,roti jala,dan macam2 lagi lahh sampai xsempat nak makan semua *___*.Sambil2 makan kita orang telah dihidangkan dengan persembahan daripada junior f3 yang menyanyikan lagu "Kenangan Terindah",f4 "tarian India' dan f5 "fashion show.wee~kami pengawas f5 telah menyampaikan lagu "The climb,1,2,3.Sambil2 tunggu yang lain habis nyanyi saya dan zqah secara tidak sengaja terpandang akan game yang akan dijalankan selepas itu.Jadi kita orang dah buat persiapaan awal2.Jeng2 ada jelah yang kita orang lakukan.Rahsia ;) . Keputusannya kita orang group 2 telah menang dengan jayanya .
Habis jew game yang dijalankan berlangsung penyampaian hadiah oleh pengetua.Dimulakan dengan penghargaan kepada f5.Cantik jew pluck yang kami terima :) . thanx cikgu <3. Kemudian,penyampaian hadiah untuk aktiviti kumpulan semasa menjalankan perniagaan di sekolah.Duhh!yang paling xtahan apa jelah.gara2 terkejut semasa nama diumumkan diriku ini hampir terjatuh kerana terlanggar hamper group 5 . malu jelah sebab semua gelak.pengetua pun sempat jew tergelak dan semasa naik ke atas pentas di tersenyumjew melihat gelagatku itu . adoyy! walaupun malu tapi terima kasih kepada yang menganugerahkan saya dengan"pengawas yang paling bertanggungjawab".xsangka jelah akan terima penghargaan sebegini. Perjalanan pulang sungguh lama sebab kesesakan di dalam monorel dan eunise terlepas di oneral yang pertama . saya,zqa dan hana terpaksa menunggu sehingga monerel yang ketiga dan barulah kami selamat tiba di stesen imbi sebab singgah times square sebentar.Kemudian,kami bergegas ke pavilion.Peghh!memang padat lagi mampat jelah di times square,bb dan mana2 tempat pada hari sabtu itu.Saya selamat sampai jam 6 petang di rumah dan dijemput oleh bro adan di stesen lrt chan sow lin ;)
mood : kepenatan tetapi gembira + sakit kaki (*_^)
Ini adalah hadiah2 yang saya terima :
1. frame gambar-pengawas paling bertanggungjawab.
2.yang beg kertas tu dapat time pendaftaran sekali dengan pluck farewell party .
"adik2 ku sayang nama akak "RADZILAH" ok .
3.pluck lembaga pengawas-tanda penghargaan sebagai ketua patrolling .
4 . ex-prefect - dapat masa pembuburan pengawas 08/09
p/s : sekian saja kisah saya . maaf kalau cerita tidak menarik . tersangat sibuk sekarang ;)) .