busy . busy . busy

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ( SPM ) tinggal 5 bulan saja lagi .
Aduhh ! banyak lagi yang belum study terutamanya sejarah . . mata pelajaran yang paling bosan . heee , terutamnya belajar tentang tamadun2 . lagi jelah . . xpenahnye nak ingat kat kepala ni .kalau tentang penyebaran islam tu senang jelah masuk sebab ada belajar dekat agama islam :)
jadi kalau soalan esei seronok je tu .
tamadun i'm sorry anda tidak diminati oleh saya !!! ;p
duhh ! kesibukan melanda sepanjang bulan januari,februari,mac,april dan bulan2 seterusnya .
kenapa ini boleh berlaku ? busy dengan lembaga pengawas , pelajaran , tuisyen ,study . banyak betul perkara yang mesti diuruskan tahun ini . macam2 jelah . . dugaan lar katakan ! . kadang2 rasa macam tak tahan jew nak lalui semua benda ni .
mane tak nye , tidur pun dalam sehari belum tentu cukupnya . . tapi ramai yang cakap kau letih sangat sebab pe wei ? korang pe taw aku study ke apa ke kat rumah . tak kan nak cite dari awal sampai habis aktiviti yang aku buat . nanti kata over lak an ? mulut orang mane jelah kita nak tau an . depan cakap macam ni , belakang cakap lain2 . dasar hipokrit .
huh ! memang keletihan minggu ni . balik2 sekolah jew . . rest kejap2 then terus tidur . memang kepenatan tahap maximum lar . kalau nak study pun kena tunggu tengah malam sampai pagi akan berjaga . tidur 2 jam jew dan terus pergi ke sekolah .
kalau dalam kelas xpayah nak cakap jelah . conform akan tertidur kalau dapat peluang . teruk jew perangai kadang2 . habis nak wt macam mana dah penat . senang jew cakap pandai2 lar bahagikan masa . dah cube jew nak setkan masa elok2 tapi kadang2 tercapai kadang2 tidak . dah tu nak wat macam mane ? nak xnk tahun ini memerlukan banyak pengorbanan :))
mana tahu akan mendatangkan hasil yang membanggakan kelak . amin !!!
sekarang , memang tiada masa untuk berehat "noor radzilah" . bangun ! bangun ! bangun . penat macam mana pun mesti kena jugak kuatkan semangat . "sekuat tiger " . heee , ingat rad ,ingat tiger +kit kat ( favourite lar ) . sempat lagi tu cite pasal makanan kegemaran . hehehe . kena siapkan folio seni dan projek untuk folio . markah spm wei . bahagikan dengan 200 . folio dah 100 markah . lukisan 50 , soalan objektif 50 . kalau lukisan memang jelah susah sikit nak dapat markah yang tinggi . kadang2 lukisan jadi kadang x berpa sangat . hahahaha . kurang pandai lar melukis ni ;p . tapi yang penting "usaha tangga kejayaan " .
go,go,go .
sekarang ini waktu online akan dikurangkan dan juga sms . hehehe . sms siapa tu ?? ngee ~ . ohh ! misi telah berjaya kerana dalam sebulan akan tambah kredit sekali ataupun dua kali saja . jadi,kalau korang mesej tapi tiada responds tu faham2 sendiri jelah . tapi seronok jugak tiada kredit ini sebab orang akan calling terus . tapi 1 jew nak bagitau . sebenarnya malas ohh nak jawab panggilan ini . malas nak keluarkan suara . hehehehe. entah jelah ! untuk jawab panggilan ini ada time die . bile mood xde jangan harap nak angkat . maaf jelah ok ;) .nampak jew panggilan masuk tapi sengaja buat2 x dengar . hahaha . nasib korang jelah . siapa yang call salah time tu memang leh bengang jelah . ada yang perli macam ni "rad ni aku call xpenahnya nak angkat ".
maaf yer . kata ikut mood .
sekarang ni bila orang ajak keluar banyak jelah alasan yang diberikan . macam xde mood jew nak melangkah keluar daripada rumah . dulu , kaki ni rajin jew melangkah ke sana ke mari . menghabiskan masa sepanjang hari berjalan2 ;p
sekarang apa sudah jadi ? macam katak bawah temperung , tak jugak . heee . kalau ada kelapangan keluar jelah tapi tidak mengambil masa yang terlalu lama . waktu keluar telah berubah iaitu pukul 2 ke atas . lambat an ? tapi masalahnya petang2 selalu hujan . jadi kalau sebelum pukul 2 xpayah jelah keluar . hahahaha .bijak,bijak , bijak .
sekarang banyak je movie baru kat pawagam tu . tapi tiada mood nak menontonye . last tengok wayang pun tahun lepas bulan 12 cerita "histeria" . untuk tahun ini belum lagi . mungkin hujung tahun baru berkesempatan agaknya .
di post pada jam 2 pagi ( 30 april 2009 )