the mines + movies

jangan pandang belakang congkak
Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Melihat pada raut wajahnya, tiada siapa menyangka usianya telah mencecah hampir 125 tahun. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika.


Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia.


Di Kuala Lumpur, 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya. Punai, seorang penyeluk saku, Asmat bekerja di tempat letak kereta dan Johan pula seorang jurujual. Pada hari yang ditetapkan, ketiga-tiga mereka tiba di rumah Pak Sudir.

Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Mustika memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang. Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah bagi mereka dan ini adalah peluang untuk hidup senang, mereka pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Apa yang mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika Berjaya mengharungi tiga malam tersebut.

Pada malam pertama, mereka telah terjumpa congkak usang yang dimaksudkan oleh Mustika. Mereka membelek-belek congkak tersebut dan apabila dibalikkan di belakang congkak itu, terdapat tulisan Sanskrit yang terukir. Ketika itu juga tulisan tersebut seperti mengeluarkan cahaya dan terkena pada muka mereka bertiga lalu mereka pengsan. Mustika dari awal hanya memerhatikan pergerakan mereka bertiga itu.


Kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar. Orang minyak telah muncul dan mendapat mangsa pertama. Satu makhluk yang menyerupai hantu raya juga telah muncul dan telah memakan ayam satu reban dan satu makhluk yang menyerupai toyol telah muncul dan mencuri duit kepunyaan orang kampung. Ketiga-ketiga kejadian itu berlaku serentak pada malam yang sama.

Pada pagi esoknya Punai bangun dari tidur dan hairan bagaimana satu bra boleh tergantung di lehernya. Johan pula bangun dengan bulu-bulu ayam dan darah ayam penuh di mulutnya. Asmat pula bangun dan di poketnya penuh dengan duit. Mereka sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku pada diri mereka. Pagi itu satu kampung heboh dengan tiga kejadian yang berlaku serentak pada satu malam itu. Berbagai-bagai andaian telah dibuat oleh orang-orang kampung tentang kejadian-kejadian itu. Ada yang mengatakan makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir telah kembali mengganas.

Pak Mor dipanggil semula. Pak Mor kemudiannya menyatakan yang makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir dahulu telah berkeliaran untuk mencari orang yang sanggup menjaga mereka. Pak Mor menyatakan jika makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir itu berjaya mendapat mangsanya 3 malam berturut-turut maka mereka telah berjaya mendapat orang yang boleh menjaga mereka dan kampung itu tidak akan aman selama-lamanya.

Apakah nasib Punai, Asmat dan Johan? Siapakah sebenarnya Mustika ?



THE MINESwee,kali pertama menjejakkan kakiku ini ke the mines.tempat ini boleh tahan jugak besarnya.xberapa ramai orang tapi seronok.motif utama tengok movie dan main boling.wah ! gler kentang.perjalanan mengambil masa setengah jam untuk sampai ke sana kerana perlu naik ktm ;). ngeeeee ~ dapat jumpa dengan my sister "syafirah amiera".sebenarnya umur kita orang sama cuma dia lahir awal sebulan jew . that y dia akak saya . ilysm <33 .

memandangkan masa tayangan 3.20 pm . kita orang mengambil keputusan untuk makan terlebih dahulu . seterusnya,kami beramai2 serbu pusat boling . malangnya penuh . jadi,kami tukar plan main game ( token ) . psttt ! ada kisah di sebaliknya . * biarlah rahsia ;p

wah ! hang out kali ini merupakan hang out yang paling ramai iaitu seramai 11 orang biasanya ,keluar xlebih daripada 5 orang dalam satu2 masa . teruju sebentar . ahakz . apa2 pun seronok dapat keluar dengan korang dan terima kasih kepada atien yang sudi ajak diriku ini . heee . kalau ada masa ajak lagi ok ? wee ~ . ini juga merupakan hang out yang akhir sebelum menduduki spm . thanx.thanx.thanx.

p/s: ayah dan mak suruh fokus duduk di rumah study . "adik,spm nak dekat". hanya boleh keluar pergi tuisyen dan sekolah . wah ! menyeramkan saja bunyi . pa2pun thanx mak dan ayah sebeb menjadikan cutiku selama 2 minggu cuti yang paling bebas . weee.ilsym lar mom & dad .