kami di sekolah



yerr ! ini dia pelajar2 kelas 5 cekal yang mengambil jurusan akaun,ekonomi dan seni.
PN FARIZA guru kesayangan kami semua . tengok dalam gambar pun dah tahu betapa akrabnya hubungan kita orang dengan cikgu. sebenarnya ini bukan semua yang ada sebab masing2 sibuk.maklumlah hari rabu ada perjumpaan badan berunifrom dan kebanyakannya terlibat dengan "dikir barat". apa2 thanx kat korang semua yang sudi luangkan masa bergambar. heee.
kalau nak diceritakan tentang kelas kami ini macam2 jelah masalah yang ada . biasa jelahkan dah kata ada 32 orang dalam kelas 5 cekal ini dan ada 32 perangai yang pelik lagi gelik . mau pening jadinya semua orang tapi dah nak dekat2 habis sekolah ini timbul pula perasaan sayang pada rakan2 kelas ini . awww ! SPM semakin hampir . semua orang jadi tension sebab banyak lagi yang belum dihabiskan . duhhhhhhhh ! ayuh rakan semua kita study bersama ok (*_^)

photo 1 : ketua dan penolong yang macam anjing dan kucing tapi mereka tetap bertanggungjawab.
photo 2 : carmen budak yang suka buli saya dalam kelas . duhh ! dia cubit sakit kot . tapi aku tetap heart kau kot . hahaha ;)
photo 3 : sayang jelah dekat si hana dan shuba ini .
photo 4 : duhh ! korang shina jew slick xde ohh .


heee,maaf jew ok cikgu belum ready jelah .itulah lain kali cakap one,two,three ;))
adoyy ! muka ku tidak jelas sebab pendek sangat . ahakz .


ini kerja si aryy ariss jelah.
p/s : gambar tiada edit dan inilah muka sebenar saya .
muka selebet ;))

keriangan 5 cekal

sebelum melangkah kaki ke times square terlebih dahulu singgah sebentar di SMK COCHRANE.
ada hari keusahawanan di sekolah dorang.hmm,sebenarnya memang malas jew nak pergi tapi memandangkan nak jumpa member2 lama kuatkan jugak semangat melangkah ke sana.
bertolak pada pukul 10.30 pagi dan sampai lebih kurang 10.45 pagi.maklumlah jalan kaki ke sana dengan panas terik.sampai2 jew dekat cochrane terus mesej amir suruh dia jemput kat depan pagar.gler gedik.hahaha.pe salahnya sekali sekala.majoriti yang datang budak2 sekolah dorang jew.mungkin kurang promosi agaknya.tapi gler terkejut makanan yang dijual berlipat kali ganda.lalala.malas je nak cakap berapa harga benda2 itu.tapi memang xberapa nak rasional.tapi kagum ngan dorang semua sebab kebanyakanya pakai baju kelas.cantik2 plak tu.
heee,masuk2 jew fatin dipanggil oleh budak2 sana supaya beli makanan dorang.then,kita prang pusing berkali2 macam xtentu hala.hahaha.malu punya pasal.akhirnya jumpa jugak dengan naim.hee,gler lama xmeet dia.lebih kurang 4 tahun macam tu.muka dia tetap sama cuma ketinggian je meningkat.ramai lagi jelah yang dijumpai di sana sebab kebanyakan member2 sekolah rendah ada di situ.sekian saja untuk edisi "rad di smk cochrane" ;p

5 CEKAL DI TIMES SQUARE
ingatkan kita orang dah kelewatan tiba sebab janji jumpa pukul 12.tapi cari punya cari tidak dijumpai dorang semua ni.sampai2 jew nampak menaga dan yash.sama2 jelah masuk ngan dorang kat starbuck tu.tapi xde sorang pun.rupa2nya dorang semua tunggu kat depan pintu masuk ts.ramai jelah yang dah sampai awal.bagus jelah dorang ini menepati masa.sempat lagi kita orang semua bergambar di tingkat 1.dah macam model je gaya.then,rancang g makan kat tempat itulah inilah dan akhirnya kita orang separate je.lepas tangkap gambar semua kita orang berpecah.separuh pergi ke foodcourt,lagi separuh ke mana jelah.malas nak tahu.heee.
pusing2 mencari makanan untuk di makan akhirnya,fana ajak turun temankan dia beli Mcdonald tapi sebelum tu dia jumpa abang dia di depan pintu masuk.ingatkan tu bf dia sebab memang nampak serasi dan sempoi je tapi tengok2 balik memang adik beradik.heee.
fana dan abangnya bergerak terus kemd sebab shina dan syuwt nak makan kfc termasuk jelah saya yang teringin rasa "cheeseroni".pergh!gler panjang kena beratur tapi kerana ada kesabaran yang tinggi tunggu jelah kan.sampai2 tu berborak ngan syuwt,cuci mata dan terjumpa lagi haziq rahim."wei2 sori ohh x tegur,aku segan r beb".hee,sampai2 je kat meja makan dorang semua dah habis makan iaitu chea,aryy,carmen.yelah memang lama jelah kita orang kat sana.kesian korang an kena tunggu kita orang lama ? . diriku ini memang jelah kelaparan ohh sebab dari pagi xmakan makanan yang berat , makan pun keropok jew.hehehe.menu diet ;))
time nak makan ada jelah pengacau iaitu aryy.makanan semua orang dia tolong makankan.hehehe.yelah favourite dia kan cheese ngan kfc.mana tak kita orang jadi mangsa.apa2 pun kau tetap aku sayang <33.selesai makan kita orang bergerak ke bb pula sebab fana dan shina mencari barang.tapi carmen tak habis2 membebel je.adoii!sakit telinga aku aw.sibuk sangat dengan puzzles dia.tu lah kau lain kali bawak beg.kan senang.haish! berjalan ke sana ke mari dan akhirnya kami semua bergerak pulang pada jam 5 petang. saya selamat sampai di rumah dalam pukul 5.55 petang dan kaki teramat sakit akibat melecet.need rest ok ;))

INILAH KAMI:)

photo kelas : klik tengah untuk lihat dengan jelas ;)

Khoo Kah Mun the monitor.
Menga the assistant yang berbaju pink di atas .


bermula dari kiri : fana,carmen,syuwt,amira,nuzul,lala,shuba dan azreen
love u all larr ;))


bermula dari kanan : aryy,mira,shina,fatin,fiqa,chea,dyba
jeles je ni.comel jelah korang ;)

kamilah kaki buat bising dalam kelas ;))

shopping ohh shopping


saat yang dinanti telah tiba.sebenarnya plan shopping ini memang dah lama cuma tidak kesampaian je.akhirnya pada 24 julai 2009 iaitu hari jumaat . saya , aryy dan atyn berjanji untuk membeli belah di bukit bintang dan times square .
walaupun pada hari tu merupakan hari sekolah dan kami menghadapi intervensi 3 . memandangkan hari jumaat balik awal 12.30 tengah hari jadi awal sikit jelah kita orang tiba di bukit bintang . kali kedua ni keluar pergi bb berpakaian sekolah . bahaya memang jelah tapi pe nak takut tak buat salah pun kan ? lagipun dah bagitahu kat ayah dan mak dah pun sebelum bergerak ke sana . weee ~
sebelum shopping seperti biasa jelah isi perut dulu . kelaparanlah katakan.kita orang setuju untuk makan Mcdonald . menu saya pada hari ini bubur ayam + kentang goreng.ala kadar sudah lagipun nak berjalan jauh ni . hehehe.sambil2 makan kita orang berborak sambil ketawa kerana ada jelah story kita orang ni kan.pssst ! perlu kew nak tahu ? xpayah jelah ok . thanx .
perkara yang paling xtahan apa jelah . aryy beli apa jelah namanya tapi roti bersalut coklat.
yang diriku ini baru pertama kali makan.nak tahu anggapan saya terhadap makanan itu?
keropok lekor bersalut coklat.hahaha.atyn ngan aryy gelak jelah sebab dorang faham.
maklum jelah xpakai spect + tekak kurang ok.huish ! selamat jelah dorang gelak x kuat sangat.
apa2 thanx aryy ;))

misi utama diteruskan iaitu shopping . dimulakan dulu dengan barang2 aryy kemudian saya.
grrr ! susah betul jelah nak cari baju berwarna biru ni . pusing2 naik turun akhirnya ke temu juga blouse berwarna biru . motif kotak2 . heee . fesyen zaman kini lar katakan .
di bb saya dan aryy dapat sehelai baju jew .
kemudian , kami bergerak pula ke times square untuk shopping lagi."KAMI KAKI SHOPPING".
tapi aryy terasa ingin potong rambut depannya so apa lagi ikut saja kehendak dia tu.huish ! sakit jew kaki sebab aryy ingat x ingat salun tu.then,lepas dah conform kami diberi 45 minit untuk berjalan2 di ts sementara tunggu aryy selesai gunting rambut.

jalan2 cari pasal akhirnya saya telah membeli lagi sehelai baju.heeee.then,teman atyn pula beli selipar.serius cantik ohh.terasa jeles tapi ku xingin pun memiliki hanya sekadar suka2 saja.
aryy pun berkenan dengan selipar itu.tapi kesian jew ohh kat dorang sebab terpaksa buka kasut dan stoking.dah kata pergi dengan uniform lengkap sekolah kan.mesti jelah macam tu.

kami pulang around 5 petang macam itu dan berjalan kaki sehingga ke lrt hang tuah.
atyn jalan laju gler sebab dia kena balik sebelum 5.30 pm sebab ada hal.saya dan aryy semput jelah nak kejar dia.sampai2 kat stesen pehh punyalah panjang barisan untuk membeli tiket.
lalalala.akhirnya,tiba di stesen chan sow lin dapat juga diriku ini duduk sebentar.bayangkan berjalan,berjalan dan terus berjalan.

mood : TIRED BUT HAPPY ;)

seminar prinsip perakaunan

tempat :Auditorium Tan Sri Abdul Rafie,Jalan Duta.
tarikh : 20 Julai 2009 (Isnin)
masa : 8 pagi-4 petang

yeah2 hari ini pergi seminar . pagi2 dah excited sudah . sebab dapat keluar sekolah . heee . tapi sayang terlepas "teknik menjawab karangan bm ". dah lah lemah time wat penutup . adoyy . harap isi jew cun tapi time penutup kabut jew semua . hahahaha .
pagi2 jumpa yoges ngan haziqah bagitau yang ketiadaanku di sekolah pada hari tu . then,g kantin cari chea tapi tidak kelihatan ( xsampai lagi ) . sementara menunggu ketibaan cikgu dan yang lain2 . diriku ini seperti biasa menjalankan duty . tolong tutup lampu , pastikan tong sampah kosong semua . ini jelah kerja yang dilakukan selain tunggu laporan kelas yang xmenjalankan duty . ;)
kebetulan terjumpa dengan pn salinah . apa lagi terus bagitau dia yang diriku ini tiada di sekolah. akhirnya , dalam pukul 7.30 pagi macam tu pn fariza pun sampai . kita orang mengambil masa untuk pergi ke sana dalam 25 minit macam tu jelah . xjauh mana pun cuma keadaan lalu lintas jelahkan . weee,dapat jugak duduk depan . selamat yang lain xkisah sebab masing2 takut nak duduk depan . apa jelah , bukan pn fariza nak makan korang owh . yang berborak ngan cikgu hanya diriku ini saja . haish !!! .
ada satu ayat cikgu ini "kotornya kereta orang tu". sempat lagi tu komen kereta orang sementara menunggu traffic light . kelakar jelah cikgu ini kadang2 .
sampai2 kat autorium banyak dah sekolah . ada yang dari zon pudu , zon bangsar , zon sentul dan apa tah lagi satu . tak ingat sudah . ada 4 zon sekali . maksudnya dari kl dan selangor .
patut jelah ada kelas yang tidakku tahu di situ . whatever jelah kan .
kita orang berempat memilih duduk barisan yang 4 xdelah dean sangat dan bawah.sempat lagi diriku berkata kat chea"macam nak tengok wayangkan wei"?.
program bermula pukul 8 tapi malangnya kita orang start setengah jam kemudian sebab menunggu ketibaan sekolah2 lain dan ada masalah teknikal . huh ! lama jelah nak tunggu sampai 2 gula2 boleh dihabiskan . grr ! . 1 program kita orang diajar teknik menjawab soalan dokumen.
nota2 yang disediakan amatlah ringkas dan mudah untuk difahami.
dia bagi tips dan macam2 lagi jelah.
lepas dia dah terangkan semua tu , apa lagi buat latihan sudah . ada jelah cikgu cina ni memang teramat baik sampai 2 , 3 datang dekat kita orang bertanya "boleh buat ke tidak?". kali pertama dan kedua kita orang anggguk jelah sebab memang tahu nak rekod kat mana semua .
tapi kali ketiga kita orang tanya jelah kat dia an sebab kesian jelah asyik naik turun .
then , dia explain macam mana nak tulis butir di buku tunai . wah ! terima kasih cikgu <3 .
around,kul 10.30 pagi kita orang diberi rehat.tapi sebelum tu kita prang berempat pergi toilet.perghh ! punyalah ramai orang beratur.tapi kita orang tetap juga tunggu an.
yang paling tak tahan pe aw beratur untuk ambil makanan dan kami adalah orang yang terakhir.
sampai2 jew giliran kami bihun goreng dah habis.memang licin jelah.kelaparan sangat agak2 dorang semua ni kan ? so,kita orang pun makan jelah apa yang tinggal pulut panggang dan kuih koci . ymeee,sedap hingga menjilat garpu. hehehe .
mak cik ngan abang tu macam sedih jew tengok kita orang owh.tak kisah jelah sebenarnya sebab kalau rehat kat sekolah pun itulah jelah yang kita orang akan makan kuih muih ;)
dan seminar diteruskan lagi dengan tajuk "penyata penyesuain bank".
cikgu dari high school setapak . cikgu,saya xberapa nak faham cara cikgu ajar . tapi xpew ada jugaklah ilmu baru yang dituntut pada hari tu ;) . thanx .
kembali rehat untuk makan tengah hari pula . kali ini kita orang cepat je . heee , menu "daging sweet sour , ayam masak lemak , sayur campur , tembikai dan air sirap " .
totaly = sedap ohh sedap .
diberi rehat selama 1 jam 30 minit macam tu sebab memberi laluan kepada pelajar2 islam untuk menunaikan solat zohor.
smabung kembali pada pukul 2 petang dengan tajuk "penyata pendapatan perkongsian".
time2 ini memang dah masuk zon mengantuk . muka semua kuyu semacam jew tapi tetap kami cuma untuk teruskan . akhirnya , masa yang ditunggu untuk pulang pun telah tiba tapi tidak boleh main keluar jew .
yang cikgu sekolah dah jemput dan disebutkan namanya baru boleh keluar.gler2 care ni .
tapi hanya dalam 6,7 sekolah jew yang disebut kemudian kita orang dibenarkan untuk balik.hooreyy ;))
keluar2 jew dah nampak kereta ayah.yes ! boleh balik rumah.
setalah sekian lama dapat juga tahu di mana rumah chea . gler jelah jauh dari putar taman melawati tu . biar betul around 2 km kot . kesian jew kat member aku sorang ni .
dalam kereta diriku ngan ayah bergaduh manja jap sebab dirku bertanya hotel mandarin kat mana . xsabar nak g farewell nanti . sekejap ayah ckp kat klcc,sekejap kat situ , sana . akhirnya , ayah berputus asa . heeee . ok, itu saja . bye2 .
- radzilah radzali -

kursus kepimpinan :)

TARIKH : 18 JULAI 2009
HARI : SABTU
TEMPAT : DEWAN PUTRI SMK CONVENT JALAN PEEL
MASA : 9 AM - 5 PM
seawal 4 pagi bangun dari tidur . motif utama nak siapkan homework tapi lain pula jadinya . tangan ini gatal online . hee , pagi2 chatting bersama himmah budak smk petaling . sejam jugaklah online sambil2 tengok page member2 dan blogspot . duhhh ! pagi2 baru teringat yang tudung tidak digosok lagi . inilah perangai yang tidak dapat dielakkan iaitu selalu leka dan seorang yang suka tangguhkan kerja . ngeee ~ .
ohh ! tidak, hari ini perlu pergi ke sekolah sebab ada kursus kepimpinan untuk badan2 khas .
ikutkan hati malas jew mahu melibatkan diri tapi memikirkan sijil ku kuatkan jugak semangat untuk menjejakkan kaki di sekolah . akhirnya seawal 6 pagi bersiap2 ke sekolah . krokkkkkkk ! perutku berbunyi kelaparan . apa lagi terus cepat2 ke dapir mencari makanan dan akhirnya saya telah terjumpa sepeket biskut . weee . suka hati jelah . "BISKUT TIGER " .
my favourite ok . lebih kurang 7.10 am bergerak dari rumah bergerak ke sekolah . lenggang jew jalan ohh ! keluar dari kawasan rumah pun sunyi semacam . macam seram sebab biasanya pagi2 ayah yang selalu hantar tapi kali ini berjalan kaki setelah sekian lama . menyeramkan ~ .
sebelum melangkah ke kawasan sekolah ternampak budak2 convent sedang membeli nasi lemak di warung sebelah . apa lagi saya dan shuhadah pun segera melangkah ke sana . yang paling menariknya . ada jugak ehh di warung nasi lemak jual nugget semua ? baru pertama kali tengok ni . macam2 ada lauk sambal sotong , kerang , dan kuih muih .

masuk jew kawasan sekolah kereta cikgu seorang pun tidak kelihatan . tengok2 jam dah nak dekat pukul 8 . mustahil cikgu xsampai lagi kan ? . then,farhana bagitau kursus sebenarnya start pukul 9 . kenapa lar kau x bagitau aku awal2 ohh ? .
kursus kali ni lain daripada yang lain sebab buat di sekolah . biasanya , kursus kepimpinan akan diadakan di luar misalnya homestay @ kem . tapi ada masalah2 yang tidak dapat dielakkan jadi hanya dapat dijayakan di sekolah saja . ok jugaklah daripada tiada langsung kursus :) .

aktiviti berlangsung tepat pukul 9 pagi . aktiviti pertama "ice breaking " . kita orang semua dipacahkan kepada 12 group .perlu berjalan 3 kali ke depan dan ke belakang dengan kasut sendiri , kemudian perlu membuka kasut dan berjalan 3 kali kembali . seterusnya ,berjalan dengan kasut kembali tetapi menggunakan kasut orang lain . then , ditugaskan buat menara dengan kasut . tapi yang paling lainnya ialah kita orang perlu buat menara dengan kasut orang lain . shuba telah berperanan sebagai ketua kumpulan bagi group 6 . memang macam2 idea yang keluar daripada ahli2 kami . sampai terjerit sana sini untuk menghasilkan menara yang paling tinggi . malangnya kami dapat tempat ke 8 . hee . xkisah jelah apa yang penting "KERJASAMA".
akitiviti seterusnya perlu membuat akronim bagi setiap kunpulan . macam2 idea yang keluar dari setiap kumpulan . ada yang bagus dan ada yang kurangnya . maklumlah kami budak baru belajar .

aktiviti yang paling seronok bagi saya adalah game antara badan2 khas . semua nampak happy dan memberikan komitmen yang baik . xsangka yang kita orang ini sebenarnya mempunyai barisan pemimpin2 yang bertanggjawab , prihatin , dan ambil berat akan anak buahnya .
walaupun agak keletihan dan sedikit boring tapi kursus hari ini tidak mungkin saya lupakan .
mungkin ini lah saat2 yang akansaya rindui sebab saya akan meninggalkan sekolah lebih kurang 5 bulan saja dari sekarang ;( .

thanx monitor sebab sudi lukis ;)) .
aktiviti semasa bosan .
wargh ! gambar aku buruk tapi thanx jugaklah .
kehidupan 5 cekal . yeahhh !! .

17 july 2008 ;))

17 JULY 2009 . ada apa dengan tarikh ini ???
pejam celik pejam cilik rupa2nya kita orang dah kenal hampir setahun .
siapa ehh geranganya ??
nama dia muhd asyiq ;) . kami berkenalan di myspace . mula2 memang xtau je siapa lar dia ni sebenarnya sebab default picture myspace dia ditutupi dengan nset . hahaha . kalau ingat2 balik masa diawal perkenalan memang macam lucu gler2 .
ohh ! dia ni seorang yang teramat pelik dan amat gemar melukis .
pstt ! hasil lukisan di atas ini adalah karya dia . cantik kan ?

kami mula jadi rapat start bulan puasa . saat2 nak tunggu waktu berbuka mesti akan terjumpa dia online .
so , kita orang sentiasa jelah berborak . ada jelah topic yang dibincangkan .
lagi 1 nama dia memang lain daripada yang lain . dia suruh orang gelar dia "syahzihar" . apa 2 ? yang diriku ini mati2 ingat itu nama sebenar dia . hahaha . tertipu buat pertama kalinya . xsilap namaitu ada maksudnya . aduhh ! tapi telahku lupa . heee . xpenting pun kan ;)
hmm,kali pertama jumpa di rumah saya semasa open house . dia orang yang terakhir sampai .
xkisah jelah kan asalkan datang walaupun lambat . hahaha . cakap dua tiga patah jew saat2 berjumpa . maklumlah malu2 kucing lar katakan ;)
akhirnya kami telah menjadi kawan baik setalah mengenali satu sama lain .
boleh dikatakan hari2 sentiasa mesej dan saya suka berdebat dengannya .
kadang2 macam anjing dan kucing jelah gaya kita orang . bergaduh benda yang tak logik dan macam2 cerita yang kita orang tukar . antaranya : tentang hal keluarga , keluarga , rakan2 dan lain2 lagi ( dah macam karangan lar plak ) . hee, dia suka panggil saya "cik kak " . entah dari mana jelah idea leh datang untuk bagi gelaran itu .
wah ! yang paling tidak disangka ialah dia telah memberikan saya dua orang kawan baru pada hari lahir iaitu linda dan isma . thanx awk ;)) .
heee, yang lagi best dia belanja makan kfc . terasa kenyang jew hari tu . walaupun lepak kejap dan berborak ala kadar tapi hari tu memang best . sentiasa dalam ingatanku .
tapi sekarang kami dah jarang2 conctact sebab masing2 sibuk dengan diri sendiri dan pelajaran .
di sini saya ingin mengucapkan "SELAMAT BERJAYA UNTUK SPM dan SENTIASA BAHAGIA BERSAMA YANG TERSAYANG " .

FRIENDSHIP FOR EVER OK ?

masa terbuang ;)

semalam chat ym dengan amira wakitani & arry .
paling kelakarnye nak tahu apa ?
tokyo cakap aku nak tubuhkan band macam yuna.
amboi2 ! mentang2 aku bertudung an ?
topik ni tibe2 jew keluar sebab dia kata dia baru balik jamming .
kebetulan diriku memang minat kat band ni an .
so apa lagi merepek tak sudah lar jawabnya .
then,dia ajak tengok movie cerita cartoon pe tah.
sorry,mood aku memang tiada jew sekarang pada wayang.
nak tau sebab apa ?
aku kecewa sedikit sebab tak berkesempatan tengok tranformes ;( .
huh ! nanti aku pasti dapatkan dvd dia .
banyak lar jugak berborak dengan mereka berdua ni .
p/s : perbualan itu terdelete lak . duhh ! tanganku ini kan .

yeah !! aku memang gedik .
padahal aku dah tau lama dah yang aku tak terpilih ke PLKN siri ke 7 tahun 2010
tapi tetap gatal tangan jugak check sekali lagi .
sebenarnya baru ku temu laman web ini .
sebelum ni haziqah yang check kan dekat makmal komputer dan
di check oleh diri sendiri di handphone .
ini lar dikatakan budak yang suka membuang masa . ngeee ~
kepada rakan2 yang berjaya terpilih good luck ok ?
terutama kepada my geng tu chea & shina <33
aku doakan korang selamat pergi dan balik .

lama betul x update myspace ini .
akhirnya semalam berjaya jugak updates .
ohh ! video kali pertama ini telah saya pindahkan ke myspace .
jadi , kalau ingin saksikan juz klik my page ok .
sebab hajat di hati ingin buat video baru tapi nantikan kemunculannya.
sekarang memang kesibukan tahap maximum .
ni pun sekadar merehatkan diri sebentar daripada menghadap buku2 itu .
duhh ! paling tak suka bila selsema .
kesusahan betul untuk tidur .
ini semua gara2 berjangkit dengan bro wan . grrrrr.
tapi dalam masa yang sama happy juga sebab nota agama semakin siap . ;)

radzilah radzali

ada apa dengan minggu ini ?

6 JULY 2009
pagi2 isnin memang liat semacam nak bangun.faham2 jelah hari sebelumnya tidur agak lambat sebab bereskan homework.macam2 nota yang perlu dibereskan.tapi alhamdulilah,nota agama ada beberapa tajuk jew lagi yang harus dibuat.wah ! seronok perjumpaan hoki hanya tinggal lagi 2. lepas ni tak payah jelah nak stay sampai pukul 4.boleh balik awal ;)) .
aktiviti yang dilakukan oleh ahli kelab hoki ialah mengecat taman apa ehh ? tapi dekat2 dengan bilik kh.
masing2 tunjuk bakat mengecat.cikgu cakap selalu sangat main hoki jadi hari ini tukar sikit.kita orang semua on jelah . lagipun yang datang muka tu jelah . dah macam 1 family jew rasa .

7 JULY 2009hari selasa banyak betul cikgu relief.jadi,banyak masa yang ada tu kelas 5 cekal buat kerja sekolah yang belum dibereskan . yeahhh ! hari selasa memang best sangat2 . tak tahu jelah dengan kelas cekal ini . kita orang kadang2 ok,kadang k.O . sebenarnya semua orang dah ok . cuma ada beberapa je yang menyakitkan hati . ohh ! no komen . siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya ok ?
korang nak join ke xnak bukan masalah kita orang .
sepatutnya hari ni persatuan agama islam last perjumpaan tapi ustazah ada hal . so,ditangguhkan lagipun hanya jamuan ;) . kalau bab makan kita prang xkisah sangat . tapi kita orang tetap balik lambat sebab makan dulu sebelum balik . memang rezeki kita orang lar kan shafatin bagi kita orang makan nasi beriyani . ada lebih daripada kelab bola tampar . bayangkan 4 orang sekali makan dalam 1 pinggan . nampak macam buruk jew gaya . tapi yang penting kita orang happy dan bahagia.


HAPPY BIRTHDAY TO U
HAPPY BIRTHDAY TO U
HAPPY BIRTHDAY TO INTAN
HAPPY BIRTHDAY TO U
selamat hari jadi . inilah kawan baik . 7 year besties ok ? . rapat dengan dia sejak darjah 5 . time tu satu kelas . wah ! dia ni memang kaki gelak . kalau ada yang wat lawak gelak dia lah yang paling kuat. psss ! suara dia pun kuat jugak .
good luck ok intan untuk spm nanti . aku sayang kau ok ;))


8 JULY 2009jeng2 siapa yang xhantar produk seni pada hari rabu akan dipanggil.sebab benda ini sepatutnya dah lama kena settlekan tapi semua buat endah tak endah jew.selamat jelah diriku telah menyiapkannya . sampai masuk kelas pun lambat sebab temankan shina siapkan produk dia.akhirnya,10 minit sebelum habis waktu pertama kita orang berjaya jugak belajar agama walaupun sedikit. waktu perjumpaan badan beruniform memang lain daripada yang lain sebab ada pertandingan kawad.benda ini xpernah wujud sebelum2 ini jadi kedatangan para pelajar memang ciput jew.asal hari rabu memang jelah akan macam ini . susah sangat kew nak datang perjumpaan ?? kadang2 macam xpaham jelah dengan orang2 ini . asal hari rabu jew mesti nak larikan diri . xkesian kew kat pengawas yang jaga gate 2 untuk korang . punya kita orang sayang korang sebab nak tolong dapatkan markah koko tapi korang xreti menghargai.

9 JULY 2009hari khamis adalah hari yang paling memenatkan bagi diriku ini.daripada pukul 7 pagi-6 petang memang xde masa untuk merehatkan diri . sebab sekolah + tuisyen .
dalam kelas seperti biasa jelah semua berjalan dengan lancar semua saja jew cari pasal dengan si carmen itu . hahaha . kesian dia macam kena buli jew . sori,carmen aku saja jew nak usik2 kau . selamat kau faham kan ? thanx owh sebab faham aku walaupun aku xberapa nak faham kau sebenarnya . weee ~
siapa sangka punya semangat kami berlima iaitu chea,syuwt,hana dengan tiem bergerak ke tuisyen tapi kelas akaun terpaksa dibatalkan sebab cikgu faizah sakit . duhhh ! ikutkan hati memang jelah macambengang . sampai tiem nak balik rumah . tapi free2 ditegur chea."wei,dah tu ekonomi kau xnak pergi ?" . so,apa lagi kita orang duduk jelah kat dewan lima tu siapkan kerja sekolah sampai2 selak majalah yang syuwt beli .
banyak betul tips dalam majalah itu . salah satu daripada cara diet yang betul . cara pakai make-up dan macam2 lagi .
wah ! tidak ku sangka nota ekonomi ku boleh disiapkan dalam masa setengah jam . yahooo ! balik rumah xpayah buat hw . dalam kelas ekonomi memang macam malu dalam masa 1 saat sebab masuk kelas lambat . duhh ! tempat dah lah sesak dengan orang2 . dengan beg yang banyak buku memang payah nak masuk . tapi demi menuntut ilmu ke redah ku redah jelah .

10 JULY 2009weee~setelah lama tidak melukis akhirnya hari ini cikgu suruh lukis tentang taman herba.duhh ! macam mana nak buat?
kalau bab2 melukis tanpa contoh ini memang payah jelah.dah lah tangan ku ini keras.hahaha.nak hasilkan sesuatu yang terbaik makan masa yang lama ohh.
rupa2nya math ini senang jugak kan ? cuma usaha je kena lebih . kalau buat banyak latihan . pasti boleh score .
thanx pn.ramlah sebab banyak membantu walaupun beberapa telah dimarahi oleh beliau.tapi xkisah jelah .
ohh ! tidak balik2 rumah je diriku kesakitan . macam mana boleh jadi macam ini ?
itulah gatal sangat pagi2 dah makan jambu batu bersama asam . macam mana perut ini xsakit . lembik semacam je diriku ini ohh . jalan pun dah macam orang xbetul.mak yang tengah merehatkan diri terus bangun sebab risaukan anak dia sorang ni . hehehe .
thanx mak <33

kesimpulan
p/s : isnin-jumaat diriku moody sikit xtahu sebab apa.lebih senang wat hal sendiri dan cakap jika perlu.adakah aku dah insaf sepenuhnya ? .
walaupun ramai yang dah perasaan apa yang terjadi tapi aku mampu menjawab "hanya salah faham".
insya-Allah kita orang tak akan berterusan begini.
andai kata , aku yang salah aku minta maaf , jika kau yang salah aku maafkan juga . serius aku cakap . aku xsangka kita akan macam ni .

-i'm sorry -

seni ohh seni

kerja last minutes jelah ini.
padahal benda ni dah lama kena hantar tapi sengaja jew wat lambat2 .
duhh ! kelam kabut jugak jadinya .
yelah , kerja ni perlu ada kesabaran yang tinggi . kalau x , xde jelah rupanye .
bygkan ambik masa 1 week jew nak samakan lukisan ni .
yelah,kena bahagikan masa dengan kerja sekolah , tuisyen semua tu .
mewarna ambik masa dekat 3 hari siapkan .
sebab memerlukan mood yang bagus .

jadi inilah hasil kerja tangan saya *__*
thanx to chea,carmen & arry
dorang tolong mengilatkan lagi produk ini ;))

030709 :))

TARIKH : 3 JULY 2009
TEMPAT : TIMES,SQUARES
MASA : 1-5 pm
RAKAN2 : carmen,arry,shina,fana

tujuan kita orang berlima melangkah kaki ke times squares adalah ingin cari sponsar untuk majalah sekolah . ini khas untuk muka surat khas untuk form5 .
kita orang kena ada bajet rm 730 untuk ruangan tu . mahal k
an ? tapi itulah harga yang telah ditetapkan . jadi , setiap sorang kena bayar rm 23 . memandangkan kita orang nak ringankan beban rakan2 yang xmampu bayar jadi kita orang try cari sponsar . weee ~
sampai2 jew kita berlima mengisi perut dulu dengan shack plate . lama jelah xmakan kfc . thanx carmen ;)) . lepas tu , kita orang jalan2 cari pasal . masuk satu kedai ke satu kedai .

yang banyak membeli barang si arry 2 .beg,baju,kotak dan lain2 lagi . penuh jew tangan . tapi kita orang prihatin tolong pega
ngkan ;))
memandangkan hari jumaat jadi x ramai sangat orang . tapi kita orang terserempak dengan senior2 lepas . kak aminur,kak sathya yang lagi 1 x ingat nama . hah ! vianna pun ada juga bersama kakaknya .

setelah penat2 berjalan dan mencari barang semua . kita orang pun ternampak 1 kedai sticker photo . apa lagi masing2 berlari ke sana . hahaha .excited bergambar lah katakan .
jadi inilah hasilnya . farhana cakap " time nak tangkap gambar aku terasa macam nak ngangis ohh ! " . sebab apa tau ? kita orang semua memang susah nak dapat keluar if time hari sabtu , ahad or cuti . jadi inilah jelah kesempatan yang kita orang leh ambil . lepas sekolah terus bergerak ke situ . adakah perkara ini dapat di ulang kembali satu hari nanti ???

banyak kali post untuk mendapatkan hasil yang terbaik ;))
yerr,kami tension SPM makin hampir ;))

kenangan kami berlima ;)
love u'r so much aryy,carmen,shina & fana