shopping ohh shopping


saat yang dinanti telah tiba.sebenarnya plan shopping ini memang dah lama cuma tidak kesampaian je.akhirnya pada 24 julai 2009 iaitu hari jumaat . saya , aryy dan atyn berjanji untuk membeli belah di bukit bintang dan times square .
walaupun pada hari tu merupakan hari sekolah dan kami menghadapi intervensi 3 . memandangkan hari jumaat balik awal 12.30 tengah hari jadi awal sikit jelah kita orang tiba di bukit bintang . kali kedua ni keluar pergi bb berpakaian sekolah . bahaya memang jelah tapi pe nak takut tak buat salah pun kan ? lagipun dah bagitahu kat ayah dan mak dah pun sebelum bergerak ke sana . weee ~
sebelum shopping seperti biasa jelah isi perut dulu . kelaparanlah katakan.kita orang setuju untuk makan Mcdonald . menu saya pada hari ini bubur ayam + kentang goreng.ala kadar sudah lagipun nak berjalan jauh ni . hehehe.sambil2 makan kita orang berborak sambil ketawa kerana ada jelah story kita orang ni kan.pssst ! perlu kew nak tahu ? xpayah jelah ok . thanx .
perkara yang paling xtahan apa jelah . aryy beli apa jelah namanya tapi roti bersalut coklat.
yang diriku ini baru pertama kali makan.nak tahu anggapan saya terhadap makanan itu?
keropok lekor bersalut coklat.hahaha.atyn ngan aryy gelak jelah sebab dorang faham.
maklum jelah xpakai spect + tekak kurang ok.huish ! selamat jelah dorang gelak x kuat sangat.
apa2 thanx aryy ;))

misi utama diteruskan iaitu shopping . dimulakan dulu dengan barang2 aryy kemudian saya.
grrr ! susah betul jelah nak cari baju berwarna biru ni . pusing2 naik turun akhirnya ke temu juga blouse berwarna biru . motif kotak2 . heee . fesyen zaman kini lar katakan .
di bb saya dan aryy dapat sehelai baju jew .
kemudian , kami bergerak pula ke times square untuk shopping lagi."KAMI KAKI SHOPPING".
tapi aryy terasa ingin potong rambut depannya so apa lagi ikut saja kehendak dia tu.huish ! sakit jew kaki sebab aryy ingat x ingat salun tu.then,lepas dah conform kami diberi 45 minit untuk berjalan2 di ts sementara tunggu aryy selesai gunting rambut.

jalan2 cari pasal akhirnya saya telah membeli lagi sehelai baju.heeee.then,teman atyn pula beli selipar.serius cantik ohh.terasa jeles tapi ku xingin pun memiliki hanya sekadar suka2 saja.
aryy pun berkenan dengan selipar itu.tapi kesian jew ohh kat dorang sebab terpaksa buka kasut dan stoking.dah kata pergi dengan uniform lengkap sekolah kan.mesti jelah macam tu.

kami pulang around 5 petang macam itu dan berjalan kaki sehingga ke lrt hang tuah.
atyn jalan laju gler sebab dia kena balik sebelum 5.30 pm sebab ada hal.saya dan aryy semput jelah nak kejar dia.sampai2 kat stesen pehh punyalah panjang barisan untuk membeli tiket.
lalalala.akhirnya,tiba di stesen chan sow lin dapat juga diriku ini duduk sebentar.bayangkan berjalan,berjalan dan terus berjalan.

mood : TIRED BUT HAPPY ;)