ohh ! histeria + hang out ;p
SINOPSIS FILEM HISTERIA
‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester.
Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.
Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Jenny mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Jenny telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik.
Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Jenny kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni.
Antara pelakon filem Histeria:
1) Liyana Jasmay sebagai Murni
2) Scha sebagai Alissa
3) Norisnainy sebagai Kerek
4) Ainul Aishah sebagai Marina
5) Yanna sebagai Junita
6) Talya sebagai Tini
7) Reana sebagai Zeta
8)Adiputra sebagai Mr. Brandon
9) Kazar sebagai ‘tukang Kebun’
10)Vanida Imran sebagai ‘ustazah’
11)Adlin Aman Ramlie sebagai ‘cikgu Disiplin’
12) Adman Salleh sebagai Guru Besar
13) M. Rajoli sebagai Bomoh
14) Ramli Hassan sebagai Psychiatrist
15) Namron sebagai Police Detective

sampai : 1 pm
movie :2 pm
habis :3.45 pm
sampai rumah :7 pm
tempat : GSC pavilion , times squares
atien | chea | lala