Rahsia di sebalik NAMA (0_^)

Kata orang nama menampilkan keperibadian diri.Bahkan huruf-huruf yang ada di nama kita juga membawa maksud yang tersendiri ;))

A : Ingin menyenangkan hati semua orang.Bagi kita,perasaan orang jauh lebih penting daripada perasaan kita sendiri.

B : Profesional,bertanggungjawab dan setia kawan.Tetapi ada kalanya agak pesimis dan juga keras kepala.

C : Impian terlalu daripada tujuan hidup yang sebenarnya.Dalam fikiran selalu berkumpul dengan masalah-masalah yang berat.

D : Tidak mudah menyerah kalah.Prinsip kita,apa pun yang diiinginkan pasti akan kita dapatkan.Selain itu,kita juga rela melakukan apa sahaja buat orang yang kita sayangi.

E : Unik dan berani menjadi diri sendiri.Namun,tidak bersikap terbuka terhadap kesalahan diri sendiri serta mudah tersinggung.

F : Menunjukkan sikap berkuasa terutama dalam hubungan cinta.Gemar bersosial dan tidak mahu kalah dengan orang lain.

G : Gemar menjadi pusat perhatian.Namun,sebagai kekasih kite tergolong dalam kategori setia,cemburu dan agak posesif.

H : Kebebasan adalah perkara yang sangat penting buat kita.Disebabkan inilah orang sering menganggap kita sebagai orang yang individualistik.

I : Sentiasa mengambil respons positif daripada setiap peristiwa yang telah menimpa diri.Kalau boleh nak bersikap cool sentiasa !

J : Selalu memberikan kepercayaan penuh kepada orang lain dan sebagai balasannya,kita mengharapkan perlakuan yang sama juga.

K : Cenderung suka menyelesaikan masalah sendiri.Seorang yang berwibawa,berani tetapi agak keras kepala serta tidak disukai.

L : Kreatif,cerdas,pandai bergaul,setia tetapi mudah terekan.Sungguh pun begitu,jarang mempunyai masalah yang boleh diselesaikan.

M : Emosi sering berubah-ubah,cepat melenting sekalipun hal-hal yang kecil dan suka membalas dendam.

N : Orang lain menilai kita sebagai seorang yang sombong,sedangkan sebenarnya kita kurang yakin pada diri sendiri.Cenderung emosional tetapi mampu membahagiakan tersayang buat selama-lamanya.

O : Pandai memanfaatkan aktiviti menjadi sesuatu yang menguntungkan.Merupakan pendengar yang baik apabila kawan mencurah rasa.

P : Kemampuan kita membina hubungan baik dengan teman-teman amat menguntungkan,terutama dalam pelajaran.Tekun dalam merealisasikan apa sahaja yang diinginkan.

Q : Selalu bersemangat untuk mempelajari perkara-perkara baru dan suka berimaginasi.Memiliki kematangan dan kemampuan berfikir pantas dan maju berbanding teman-teman.

R : Cara berkata-kata dapat mempengaruhi ramai orang.Gunakan kekuatan tersebut untuk kebaikan.Selalu mempesonakan teman-teman dengan kata-kata dan buah fikiran yang dirasakan amat bernas.

S : Sentiasa berusaha untuk kesihatan kuat,cekal dan tabah di depan orang lain,sedangkan ada kalanya kita berada di bawah alam sedar.Khayalan dan imiginasi adalah dunia kita yang sebenarnya.

T : Biarpun kita menganggap penampilan diri sebagai salah satu perkara yang penting,tetapi bagi kita,dalaman itu jauh lebih penting daripada luaran !

U : Mempunyai emosi yang sering berubah-ubah mengikut emosi hati.Sebaiknya jangan menyalahkan diri sendiri hanya kerana kita berbeza dari yang lain.

V : Orang-orang yang tidak mengenali kita dengan baik pasti akan beranggapan kita sebagai pemalu.Pada hal kita adalah seorang yang yang mesra dan pemurah.

W : Harus pandai membezakan antara bergurau yang halus atau kasar.Berhati-hati ketika berbicara dan bergurau,kerana kata-kata kita mampu melukui hati orang.

X : Aktif dan suka melibatkan diri dalam aktiviti sosial.Amat mementingkan kualiti dan selalu berusaha sebaik yang mungkin untuk tampil sempurna dalam setiap kesempatan.

Y : Suka berterus-terang dan memiliki kadar toleransi yang tinggi.Menggemari penampilan klasik yang cenderung konservatif.

Z : Dilahirkan sebagai manusia yang penuh misteri dan cenderung memiliki kemampuan mistik.Ketika kita mencintai seseorang,kita sanggup menderita dibuatnya.

adakah maksud nama yang tersenarai menyerupai diri anda ??
erm,fikir-fikirlah sendiri wahai korang semua ! ;))

ohh ! sumber ini diambil daripada majalah YEZZ bulan Nov ;p